Apakah Perubatan Homeopati @ Homeopathy?
Homeopati adalah suatu sistem perubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkan melalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit. Asas kepada sistem ini adalah teori “Similia Similimum Curentur” iaitu bahasa greek bermaksud “serupa menyembuhkan yang serupa” dimana sesuatu yang mampu menimbulkan gejala penyakit, mampu juga menyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.
Bagaimana Ubat Homeopati @ Homeopathy dihasilkan?
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.
Bagaimana Ubat Homeopati @ Homeopathy Berfungsi?
Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disamping membuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utk mempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalam memilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.
Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?
Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.
Adakah ubat homeopati juga dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952.
Sebagai mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan nama Penawar Tunggal (single remedy)bagi Homeopati Dan hanya akan dibuat ikut tempahan atau keperluan pesakit @ Pelanggan. Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri. Penggunaan ubat homeopati tidak sepatutnya diletakkan dibawah akta racun.